Lupakan aku saja
dari kaca fikiran
andainya bersamaku
engkau tidak bahagia
Aku bukannya insan
ingin cinta percuma
sehingga aku sanggup menantimu
walau berabad lama
Cintaku bukan kerana harta
cintaku tidak kerana paras rupa
sedarilah kasih...
cintaku harap hingga ke syurga
bersama-samamu
Demi kasih sayang
yang aku pertahankan
sanggupku meniti
malam tanpa mimpi
aku berdoa kita dapat berdua
hingga ke akhir hayat
untuk selama-lamanya
Aku bukannya insan
ingin cinta percuma
tetapi aku sanggup menantimu
walau berabad lama