Segalanya Sudah Berubah


Bila diri diinginkan diperlu
pelbagailah alasan datang bertamu
kata manis menyedar hatiku
serta senyuman terpaksa
sengaja kau berikan
Tapi hakikatnya ku tak diperlukan lagi
setelah kejayaanmu mengaburi pandangan
Jika dulu
kita tak bertemu
gelisahlah dua jiwa hampir bersatu
jika dulu
disinilah tempat
kau melepaskan rindumu
Kau curahkan tiap
keresahan di hatimu
apa harapanmu aku lakukan
walaupun suntuknya masa
Untuk apa
disambutkan kedukaanku
untuk apa
kau masih bermain kata
Cukup sudah dan tak perlu
kau masih bertanya khabar tentangku
kerana selama ini ku diamkan saja
jelas membuktikan akulah teman
pengubat kesepianmu
Segalanya kini sudah berubah
tidak lagi seindah seperti dulu